Back to Basic

Basic Thing


Dah power basic?....Dipersilakan ke page yang seterusnya ye...

Apa yang nak saya bincangkan kat bahagian ni?...hmm...lets see...okeh...mengikut pengalaman saya, masalah nak faham statistik ni bermula apabila kita tak nampak big picture dalam bidang ni. Bukan bidang ni je, bidang apa pun yang diceburi kalau kita tak tengok secara umum dahulu, lambat-laun kita akan LOST. Penerangan yang saya buat kat sini akan banyak merujuk pada buku "The Complete Idiot's Guide to Statistics" (Donnelly Jr., 2004) sebab saya suka cara dia beri penerangan...memang full of informality...Berminat, beli le, tak pun pinjam di perpustakaan berdekatan.

Statistik ni bidang yang saaaaangat besar. Bawah statistik ni ada minor macam-macam, ada multivariate lah, ada robust lah, ada forecasting lah dan etc. Jangan risau, buat masa sekarang saya tak akan sentuh lagi pasal benda-benda tu. Nama pun basic kan. Jadi, first of all, mari kita tengok cabang yang ada dalam statistik ni. Tapi sebelum tu, kena la tau dulu apa itu statistik. Apa yang dikatakan statistik, kat mana yang digunakan statistik ni, semua tu kena tau....Tak kenal maka tak cinta beb.

Jadi, apa itu statistik? korang cari la kat google tengok, nanti dia keluar definition ni
The practice or science of collecting and analyzing numerical data in large quantities, esp. for the purpose of inferring proportions in a whole from those in a representative sample

Ha, tu la maksud statistik, faham tak?.....(Mamat ni agak-agak la, tak de definisi yang senang sikit ke, dah siap masuk pasal sample pulak tu,kalau macam ni baik aku baca buku je).....saya tau dah...saya pun tak faham apa yang orang putih tu merepek...hehe

Jadi apa kata kita mudahkan definisi dia ye...

Apa itu statistik?

Statistik adalah satu ilmu yang membolehkan kita ubah (convert) nombor (iaitu sebarang data) yang kita ada menjadi informasi yang berguna untuk buat keputusan, tu je...as simple as that..yang pasal sample tu nanti kita sentuh ye, jangan gelojoh ok.

Dah banyak kali ke kita guna statistik ni dalam hidup?

Ui, tak terbilang banyaknye, sejak dari kecik lagi, hebat tak kita? Itu la korang, rendah diri sangat..hehe..Tak percaya? Kat sekolah korang dulu korang mesti dah boleh agak setiap kali exam sape yang akan dapat tempat pertama, tempat kedua...tempat last,betul tak...tak pun korang tengok geng-geng korang lumba basikal (Kempen anti mat rempit...hehe) korang boleh agak kan sape yang menang...nak contoh lagi? Baik, contoh yang bias kepada orang lelaki...korang pernah main tak fantasy football...yang EPL tu...haa...macam mana korang boleh decide player mana korang nak beli? Semua tu statistik punya kerja la tu. Saya namakan fenomena ni sebagai Sub-consciousness in statistics (penggunaan statistik separa sedar...hehe).

Berbalik pada big picture tadi ye...apa yang ada dibawah basic statistics? Saya kata big picture kan....jadi saya bagi picture la...tengok kat bawah


Apa yang korang nampak pada gambar kat atas tu? Biar saya terangkan ye.
Bawah statistik ni ada dua bahagian yang besar iaitu Descriptive Statistics dan Inferential Statistics. Beza sangat ke dua bahagian ni? Beza, memaaang berbeza. Bezanya saya boleh kata dari segi tahap kesusahan dia la. Ibarat macam ni, guna bola lagi ek, Inferential Statistics tu kira kategori Premier League la, Descriptive tu pulak 2nd Division. Lagi senang nak lawan 2nd Division berbanding Premier League kan. Macam tu la jugak kes statistik ni.

Jadi bila saya sebut basic statistics tu saya maksudkan Descriptive Statistics. Inferential statistics memang di dunia yang lain dah. Kita kena fahamkan dulu Descriptive Statistics sebelum belajar pasal Inferential Statistics. Sebab tu kat gambar atas tu saya buat "salasilah" untuk Descriptive Statistics je dulu. Bagi pass yang ni dulu ye..hehe

Ok, apa itu Descriptive Statistics?

Sebab dia dalam Bahasa Inggeris dan nampak bombastic, korang pun pening dah ye...rileks...Dalam apa jua keadaan pun, kalau kita nak deal dengan ayat Inggeris ni, pun kena always back to basic...fikir balik apa kata akat untuk Descriptive tu.

Kata akar untuk descriptive adalah describe. Describe tu apa dalam Bahasa Melayu? Ya betul, maksudnya menerangkan. Jadi kalau kita terjemah Descriptive Statistics jadi apa? Statistik yang menerangkan....ish apa tu, pelik bunyi dia. Tapi memang itu la dia. Descriptive Statistics adalah statistik yang digunakan untuk buat summary berkenaan data yang kita dapat. Ye la, kalau orang bagi korang data beribu-ribu baris, korang nampak apa? Nampak nombor yang banyak tu lepas tu nampak tilam kan. Ye la, dah apa pun tak boleh cakap.

Jadi guna Descriptive Statistics ni benarkan kita korek habis-habis segala maklumat berguna yang boleh kita dapat dari data yang beribu-ribu tu. Dan sememangnya, seorang yang normal bila dapat data dia akan guna Descriptive Statistics dulu untuk "berkenalan" dengan data tu (Perhatian: Guna untuk "berkenalan" dengan data je, kalau nak berkenalan dengan gadis kelas sebelah, guna kaedah lain ye..hehe)

Lagi satu, berita baik untuk korang, korang nak tau tak, dalam statistik memang ada satu analisis yang diconduct guna Descriptive Statistics sahaja. Tujuan analisis tu pun memang untuk summaries data. Nama dia Exploratory Data Analysis (EDA). Jadi katakan korang nak "berkenalan" dengan data yang korang dah dapat dan mati akal tak tau nak mula dekat mana, ikut je prosedur EDA ni. Insyaallah korang ke jalan yang benar.

Setakat tu dulu untuk sesi perkenalan terhadap statistik. Korang tenung-tenung dulu gambar kat atas tu. Bagi faham cabang-cabang yang ada dalam Descriptive Statistics. Then, jumpa saya di page berikutnya . Kita sembang detail pasal Descriptive Statistics dan EDA.

Wassalam.